Third Edition kelas sehari vibe coding: bina tiga projek sebenar dalam sehari tanpa menulis satu baris code.
Vibe Coding 101 dengan Claude Code: Ada Idea Tapi Tak Tahu Coding? Bina 3 Projek Sebenar Dalam Sehari.
Kita semua ada idea, app, tool, atau bisnes yang dah lama tersimpan dalam kepala. Yang menghalang selama ni cuma satu perkara: tak tahu coding. Kelas ni buang halangan tu sekali untuk semua. Dalam satu hari, kita akan bina tiga projek sebenar, sebuah website, sebuah PWA app yang boleh install dalam telefon, dan sebuah web app yang ada pengurusan produk, pelanggan, dashboard dan payment gateway, tanpa menulis satu baris code pun. Kita cuma cakap apa yang kita nak dalam Bahasa Melayu, Claude yang binakan.
Untuk siapa kelas ini
Pemilik bisnes yang dah lama ada idea website atau tool, tapi tak tahu nak mula
Marketer & founder yang nak uji idea dengan cepat, tanpa tunggu atau upah developer
Pelajar dan pemula yang penuh idea tapi rasa coding terlalu susah
Sesiapa yang asyik terfikir "kalaulah aku boleh bina sendiri idea ni"
Idea besar hari ini
Kita bukan belajar coding. Kita belajar cara brief seorang staff yang pandai coding. Kita bawa idea, Claude tukar jadi kod sebenar. Kita jadi boss, dia buat kerja, kita tengok hasil, bukan baca code. Semudah itu sepanjang hari.
Apa yang kita akan bina
1. Website sendiri (jam pertama)
Satu laman web yang cantik dan boleh share link - profil diri, portfolio, atau muka depan bisnes. Inilah kemenangan pertama, dalam masa kurang sejam.
Contoh arahan: "Buatkan laman web profil untuk kedai kopi saya. Warna coklat, ada menu dan butang WhatsApp."
2. Game matematik untuk anak-anak - sebagai app (PWA) (jam kedua)
Kita bina satu game baru dari kosong: game matematik yang ceria (tambah, tolak, darab, bahagi) untuk kanak-kanak, kemudian jadikan ia app yang boleh install terus dalam telefon dengan ikon sendiri. Sesuai sangat untuk parent dan cikgu, bawa balik sesuatu yang anak betul-betul boleh main.
Contoh arahan: "Buatkan game matematik untuk kanak-kanak dengan soalan tambah, tolak, darab dan bahagi, empat pilihan jawapan, skor dan watak comel. Lepas tu jadikan ia boleh install dalam telefon macam app."
3. Web app kedai online sebenar dengan login & database (sesi utama)
Sesi paling besar. Kita bina satu kedai online yang berfungsi penuh: pelanggan log masuk, layari produk, dan buat tempahan yang tersimpan dalam database. Kita pula sebagai admin boleh masukkan apa-apa produk yang kita nak jual dan urus semua tempahan. Tambah butang bayaran (optional), dengan payment gateway.
Contoh arahan: "Buat kedai online di mana pelanggan boleh log masuk dan tempah. Saya nak halaman admin untuk tambah produk sendiri dan lihat semua tempahan."
Screenshot dibawah adalah projek sebenar yang kita akan belajar bina
Jadual penuh
22 Ogos 2026 · 9:00 pagi – 5:00 petang (GMT+8) · Online
9:00 – 9:20 — Selamat datang + mindset Agentic
9:20 – 10:00 — Projek 1: Website sendiri
10:00 – 11:00 — Projek 2: Game matematik untuk anak-anak (PWA)
11:00 – 1:00 — Projek 3: Mula bina web app
1:00 – 2:00 — Rehat
2:00 – 4:30 — Siapkan sistem sales page: login, pengurusan admin & bayaran
4:30 – 5:00 — Soal jawab
Kenapa kelas ini lain
Projek sebenar, bukan teori semata - terus belajar praktikal
Tiada code untuk dihafal - semua arahan dalam Bahasa Melayu
Tiga target jelas - siap satu projek setiap sesi
Prompt library - prompt lengkap akan diberikan, bersama teknik prompting
Apa yang perlu disediakan
Laptop (Windows, Linux atau Mac) & internet stabil - tak perlu spec tinggi
Langganan Claude - wajib subscribe sebelum kelas untuk mudah ikuti sesi
Semangat nak cuba - tak perlu tahu apa-apa pasal coding
Penting: Langganan Claude perlu siap sebelum kelas bermula. Peserta yang belum subscribe sukar untuk mengikuti sesi praktikal, jadi pastikan ia settle awal.
Dikendalikan oleh Fathur Rahman dari syarikat Integra Solid
Kelas ini dikendalikan oleh pengajar di belakang siri Claude Code 101, yang berpengalaman melatih peserta gunakan Claude Code dalam projek sebenar.
Soalan lazim
Saya betul-betul tak pernah coding. Boleh ikut tak?Boleh, inilah orang yang kelas ini direka untuk. Kita mula dari kosong dan semua arahan dibuat dalam Bahasa Melayu biasa.
Laptop saya biasa-biasa je, cukup ke?Cukup. Mana-mana laptop yang boleh layari internet sudah memadai.
Lepas kelas, projek tu jadi milik saya?Ya, sepenuhnya. Website, PWA, dan web app yang kita bina adalah milik kita untuk dikembangkan atau digunakan.
Live
Semua ni kita buat live. Kita try and error sama-sama. Semua soalan saya akan cuba jawab nak bagi korang semua faham.
Butiran kelas
Tarikh: 22 Ogos 2026, Sabtu
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang (GMT+8)
Lokasi: Online (link dihantar selepas pendaftaran)
Recording
Recording ada di sediakan jika terlepas kelas live ni.
Group support
Group support via Whatsapp untuk diskusi lanjut.
Pelaburan RM149 Yang Pulang Modal Selepas Satu Projek
RM149 bukan yuran kelas, ia pelaburan ilmu. Upah orang bina satu website atau app sahaja boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit. Hari ni kita bina tiga projek sebenar dan bawa balik kemahiran untuk bina apa saja sendiri, berulang kali, tanpa tunggu sesiapa. Satu website yang kita jual nanti dah cukup pulangkan modal.
Untuk RM149, kita dapat sehari penuh bimbingan langsung, tiga projek siap (website, game app, dan kedai online), dan kemahiran vibe coding yang kekal milik kita selamanya.
Tempat terhad. Daftar sekarang sebelum penuh.
Group photo selepas tamat kelas CCUOB First Edition pada 20 Jun 2026